Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tokan Dadah Masuk Perangkap Polis

Published: 03 Jun 2015 3.44 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seorang tokan dadah terkedu apabila termasuk perangkap polis ketika cuba membawa masuk bekalan haram itu ke dalam sebuah sarang penagihan 'Port Gate' di dalam ladang sawit, Kilometer 55, Jalan Kuantan-Maran, Kampung Paya Bongor, Gambang dekat Kuantan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tokan-dadah-masuk-perangkap-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:06 MYT

Seorang tokan dadah terkedu apabila termasuk perangkap polis ketika cuba membawa masuk bekalan haram itu ke dalam sebuah sarang penagihan 'Port Gate' di dalam ladang sawit, Kilometer 55, Jalan Kuantan-Maran, Kampung Paya Bongor, Gambang dekat Kuantan.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, suspek yang berusia 38 tahun dipercayai masuk dengan membawa bekalan tanpa menyangka sepasukan anggota polis sedang melakukan intipan terhadapnya.

Susulan penahan lelaki itu, polis merampas sejumlah dadah dan wang tunai RM1,616 dipercayai wang hasil jualan bahan terlarang tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh berkata, penahanan suspek itu dibuat oleh sepasukan anggota dari Cawangan Pencegahan jenayah (CPJ) Balai Polis Jaya Gading.

Sumber: Sinar Harian

Tokan Dadah Masuk Perangkap Polis
ArticlePublished 03 Jun 2015 3.44 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM