Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tnb Sumbang Enam Kenderaan Pacuan Empat Roda Bantu Operasi Pdrm

Diterbitkan: 24 Oct 2024 12.21 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 24 Oktober 2024 - Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini menyumbangkan sebanyak enam buah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu majlis yang berlangsung di pekarangan lobi Menara 2, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tnb-sumbang-enam-kenderaan-pacuan-empat-roda-bantu-operasi-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:22 MYT
 
Kuala Lumpur, 24 Oktober 2024 - Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini menyumbangkan sebanyak enam buah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu majlis yang berlangsung di pekarangan lobi Menara 1, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, di sini.

Sumbangan kenderaan tersebut disampaikan Pengurus Besar Kanan dan Ketua Jabatan Pengurusan Aset TNB, Profesor Adjung Ir. Ts. Zahari Dollah kepada Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay. Turut mengiringi, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
Kesemua kenderaan berkenaan bagi kegunaan pihak polis khususnya JSJ dalam memperhebatkan lagi usaha membanteras kegiatan mencuri arus elektrik untuk aktiviti perlombongan mata wang digital, sekali gus membendung kerugian besar yang terpaksa ditanggung oleh industri tenaga dan negara.

Selain itu, sumbangan tersebut juga adalah sebagai tanda penghargaan daripada TNB atas kejayaan membanggakan Bahagian D4, JSJ Bukit Aman menerusi Op Letrik (Bitcoin) dan Op Letrik (Industri) yang telah dijalankan pada tahun 2022 dan 2023.

Hadir sama Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Dato' Seri Shahabudin Abd. Manan, Timbalan Pengarah (Teknikal/Operasi), JLog Bukit Aman, DCP Gilbert Phillip Layang, Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato' Kamaruzaman Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Urusetia JSJ Bukit Aman, SAC Noor Azmi Yusoff, Ketua Penolong Pengarah D4, JSJ Bukit Aman, SAC Noor Dellhan Yahaya dan para pegawai TNB.

Jurugambar: PDRM RMP TV
May be an image of 3 people and text

May be an image of 3 people, rear-view mirror and car

May be an image of 8 people, ambulance and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of car, road and text

May be an image of 10 people and text
ArtikelDiterbitkan 24 Oct 2024 12.21 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM