Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Titik Berat Penjagaan Kesihatan Timbalan Kpn

Diterbitkan: 12 Jun 2014 9.57 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kuala Lumpur, 16 Mei - Kawalan terhadap amalan pemakanan harian amat penting untuk mendapatkan kesihatan yang baik...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/titik-berat-penjagaan-kesihatan-timbalan-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:46 MYT

Kuala Lumpur, 16 Mei – Kawalan terhadap amalan pemakanan harian amat penting untuk mendapatkan kesihatan yang baik.

Sempena sambutan Hari Polis ke-207 YDH Timbalan Ketua Polis Negara meluangkan masa melawat warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Institut Jantung Negara (IJN) pagi tadi.

Program tahunan yang diadakan setiap tahun membuktikan keprihatinan pasukan di dalam menjaga urusan kebajikan setiap pegawai, anggota, kakitangan awam serta ahli keluarga PDRM.

“Lawatan seperti ini juga tidaklah hanya diadakan semata-mata semasa sambutan Hari Polis sahaja tetapi lawatan ke hospital adalah merupakan amalan kebajikan yang dilaksanakan sepanjang tahun oleh setiap kontinjen dan formasi PDRM di seluruh negara,” ujar YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin hari ini.

Dari Januari hingga Mei 2014, seramai 60 warga PDRM yang yang menerima rawatan di IJN.

Beliau turut menyeru kepada seluruh warga PDRM, terutamanya yang telah mencapai umur 40 tahun ke atas supaya sentasa melakukan pemeriksaan kesihatan.

“Jangan ingat, pada usia yang muda, kita bebas daripada sebarang jenis penyakit merbahaya kerana penyakit tidak pernah mengenal usia lebih-lebih lagi bagi kita yang berada di negara seperti Malaysia ini yang kaya dengan pelbagai jenis makanan yang lazat dan enak telah menjadikan nafsu makan kita di luar batas kawalan,” jelasnya lagi.

Program pada hari ini turut dihadiri Y.Bhg Tan Sri Dato' Seri Dr. Robaayah binti Zambahari, Pengarah Urusan/CEO IJN, barisan pengarah PDRM, warga kerja IJN dan wakil media

Titik Berat Penjagaan Kesihatan Timbalan Kpn
Ketibaan YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin.

Titik Berat Penjagaan Kesihatan Timbalan Kpn
Antara yang hadir.

Titik Berat Penjagaan Kesihatan Timbalan Kpn
Antara yang hadir.

Titik Berat Penjagaan Kesihatan Timbalan Kpn
Ucapan oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato' Seri Dr. Robaayah binti Zambahari 

Titik Berat Penjagaan Kesihatan Timbalan Kpn
YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin ketika menyampaikan ucapan.

Titik Berat Penjagaan Kesihatan Timbalan Kpn
Antara yang hadir.

Titik Berat Penjagaan Kesihatan Timbalan Kpn
Antara yang hadir.

Titik Berat Penjagaan Kesihatan Timbalan Kpn
YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin menyampaikan sumbangan kepada Yang Mulia Datin Raja Zuraidah Binti Raja Mansor, Pengerusi Jawatankuasa Sosial Dan Kebajikan Yayasan IJN.

Titik Berat Penjagaan Kesihatan Timbalan Kpn
Ketika ceramah berlangsung.

Titik Berat Penjagaan Kesihatan Timbalan Kpn
Demonstrasi CPR.

Sekitar Lawatan.
Titik Berat Penjagaan Kesihatan Timbalan Kpn
Titik Berat Penjagaan Kesihatan Timbalan Kpn
Titik Berat Penjagaan Kesihatan Timbalan Kpn
Titik Berat Penjagaan Kesihatan Timbalan Kpn
Titik Berat Penjagaan Kesihatan Timbalan Kpn

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 9.57 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM