Titik Berat Penjagaan Kesihatan Timbalan Kpn
Kuala Lumpur, 16 Mei – Kawalan terhadap amalan pemakanan harian amat penting untuk mendapatkan kesihatan yang baik.
Sempena
sambutan Hari Polis ke-207 YDH Timbalan Ketua Polis Negara meluangkan
masa melawat warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Institut Jantung
Negara (IJN) pagi tadi.
Program
tahunan yang diadakan setiap tahun membuktikan keprihatinan pasukan di
dalam menjaga urusan kebajikan setiap pegawai, anggota, kakitangan awam
serta ahli keluarga PDRM.
“Lawatan
seperti ini juga tidaklah hanya diadakan semata-mata semasa sambutan
Hari Polis sahaja tetapi lawatan ke hospital adalah merupakan amalan
kebajikan yang dilaksanakan sepanjang tahun oleh setiap kontinjen dan
formasi PDRM di seluruh negara,” ujar YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd
Zinin hari ini.
Dari Januari hingga Mei 2014, seramai 60 warga PDRM yang yang menerima rawatan di IJN.
Beliau
turut menyeru kepada seluruh warga PDRM, terutamanya yang telah
mencapai umur 40 tahun ke atas supaya sentasa melakukan pemeriksaan
kesihatan.
“Jangan
ingat, pada usia yang muda, kita bebas daripada sebarang jenis penyakit
merbahaya kerana penyakit tidak pernah mengenal usia lebih-lebih lagi
bagi kita yang berada di negara seperti Malaysia ini yang kaya dengan
pelbagai jenis makanan yang lazat dan enak telah menjadikan nafsu makan
kita di luar batas kawalan,” jelasnya lagi.
Program
pada hari ini turut dihadiri Y.Bhg Tan Sri Dato' Seri Dr. Robaayah
binti Zambahari, Pengarah Urusan/CEO IJN, barisan pengarah PDRM, warga
kerja IJN dan wakil media

Ketibaan YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin.

Antara yang hadir.

Antara yang hadir.

Ucapan oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato' Seri Dr. Robaayah binti Zambahari

YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin ketika menyampaikan ucapan.

Antara yang hadir.

Antara yang hadir.

YDH
Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin menyampaikan sumbangan kepada Yang
Mulia Datin Raja Zuraidah Binti Raja Mansor, Pengerusi Jawatankuasa
Sosial Dan Kebajikan Yayasan IJN.

Ketika ceramah berlangsung.

Demonstrasi CPR.
Sekitar Lawatan.




