Tingkat Ciri Keselamatan Di Pusat Membeli Belah
Kuala Lumpur - 19 Julai 2012
Selain
daripada 'Walkabout' dan 'Meet and Greet' orang ramai di sekitar pusat
membeli-belah Pavillion, YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar
bersama YB Dato' Seri Hishammuddin Bin Tun Hussin, Menteri Dalam Negeri
turut melawat sistem keselamatan yang terdapat di zon parking kenderaan
serta bilik kawalan litar kamera tertutup premis itu.
"Penglibatan
Polis Bantuan, Syarikat Keselamatan Swasta dan pelbagai
agensi badan-badan sukarelawan termasuk agensi-agensi di bawah naungan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama-sama membantu PDRM akan
memberikan kepentingan bersama bagi menjamin keberkesanan sistem
keselamatan di negara ini", ujar YB Menteri Dalam Negeri dalam satu
sesi sidang media tertutup.
Turut
dititikberatkan adalah Program "Crime Awareness" yang
menyeru masyarakt untuk meningkatkan kesedaran ke arah merealisasikan
konsep 'Polis dan Masyarakat bersama memerangi jenayah' bagi menjamin
keberkesanan sistem keselamatan di negara ini.
Hadir
sama program Walkabout adalah YB Abdul Rahim bin Mohamad Radzi, Ketua
Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YDH DCP Dato' Mohmad bin Salleh,
Ketua Polis Kulala Lumpur, YDH SAC Dato' Amar Singh s/o Ishar Singh,
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, YDH DCP Dato' Abdul Samah bin Mat,
Pengerusi Urus Setia NKRA, YDH Ketua-Ketua Polis Daerah, Y.Bhg
Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Dalam Negeri , Pegawai-pegawai Kanan
Polis dan wakil-wakil media.


Polis Bantuan

YDH Ketua Polis Kuala Lumpur bersama dengan Pegawai Kanan Kementerian Dalam Negeri

Ketibaan YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara

YDH Timbalan Ketua Polis Negara bersama Ketua Setiausaha Utama Turus 3 Kementerian Dalam Negeri


Ketibaan YB Dato' Seri Hishammuddin Bin Tun Hussin, Menteri Dalam Negeri

YB Menteri Dalam Negeri bermesra dengan Anggota Polis

Menandatangani Buku Pelawat




Sekitar lawatan

Sistem alarm kecemasan zon letak kenderaan Pavillion

Bilik Kawalan litar kamera tertutup Pavillion

Sidang media
Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo