Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tindakan Tegas Terhadap Anggota Polis Jika Ada Kecuaian Okt Lolos

Published: 10 Dec 2015 7.45 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Petaling Jaya, 10 Dis- Polis Selangor akan mengambil tindakan terhadap anggotanya jika terdapat kecuaian dalam kes orang kena tahan (OKT) yang meloloskan diri di Paya Jaras, Sungai Buloh, Isnin lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tindakan-tegas-terhadap-anggota-polis-jika-ada-kecuaian-okt-lolos
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:19 MYT

Petaling Jaya, 10 Dis- Polis Selangor akan mengambil tindakan terhadap anggotanya jika terdapat kecuaian dalam kes orang kena tahan (OKT) yang meloloskan diri di Paya Jaras, Sungai Buloh, Isnin lepas.

Ketua Polis Selangor Dato' Abdul Samah Mat berkata pihaknya sedang melakukan siasatan ke atas seorang inspektor dan tiga detektif yang terbabit dalam kes berkenaan.

"Kami sedang menyiasat dan jika terbukti terdapat unsur kecuaian, tindakan tegas akan diambil ke atas mereka," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis perasmian bilik Triaj di Balai Polis Subang Jaya di sini, hari ini.

Katanya, polis masih mengepung kawasan semak di Kampung Paya Jaras yang dipercayai menjadi lokasi persembunyian OKT itu, manakala operasi mengesan suspek masih diteruskan dengan bantuan Pasukan Gerakan Am (PGA).

Pada 7 Dis, seorang OKT berusia 34 tahun yang masih dalam keadaan bergari dan berbaju lokap berwarna jingga melarikan diri ketika berada di bawah tahanan polis daerah Klang Utara dalam satu operasi serbuan di Paya Jaras.

Tahanan itu dipercayai terlibat dengan 20 kes ragut dan samun sekitar Klang Utara, Sungai Buloh dan Damansara.- BERNAMA

ArticlePublished 10 Dec 2015 7.45 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM