Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tindakan Tegas Jika Terlibat Dengan Perhimpunan Haram

Published: 11 Jun 2014 5.32 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bukit Aman, 22 Jun 2011 - Berdasarkan pemantauan/risikan dan reaksi yang diterima di seluruh Negara, masih terdapat individu dan pihak tertentu yang masih berdegil dan berkeras untuk menganjurkan Perh..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tindakan-tegas-jika-terlibat-dengan-perhimpunan-haram
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:35 MYT

Bukit Aman, 22 Jun 2011 - Berdasarkan pemantauan, risikan dan reaksi yang diterima di seluruh Negara, masih terdapat individu dan pihak tertentu yang berdegil dan berkeras untuk menganjurkan Perhimpunan Haram pada 9 Julai nanti.

Melalui Sidang Media yang diadakan di Dewan Theatrette, Menara 1, Bukit Aman pada hari ini, Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara berkata, pihak polis tidak akan berkrompomi dalam hal ini, sama ada terdapat cadangan 'routing', tempat berkumpul dan sebagainya, kerana ianya boleh menimbulkan keadaan huru-hara dan dikhuatiri akan melibatkan kerosakan harta benda, kecederaan dan kehilangan nyawa.


Sungguhpun amaran dan peringatan telah dibuat pada 29 Jun 2011 oleh Ketua Polis Negara, PDRM menegaskan tindakan undang-undang yang lebih tegas akan diambil ke atas semua pihak yang mahu meneruskan perhimpunan haram tersebut.

"Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa setelah memberi pertimbangan sedalam-dalamnya daripada aspek keselamatan dan ketenteraman awam, seperti yang telah dinyatakan oleh Ketua Polis Negara bahawa pihak polis tidak akan mengeluarkan sebarang kelulusan kepada mana-mana pihak yang akan menganjurkan perhimpunan pada 9 Julai 2011 itu nanti," katanya.

Sehingga kini sebanyak 2,136 laporan diterima daripada pelbagai pihak termasuk peniaga, pengusaha kereta sewa dan pengusaha pelancongan yang membantah perhimpunan itu diadakan.


Tindakan Tegas Jika Terlibat Dengan Perhimpunan Haram
Tindakan Tegas Jika Terlibat Dengan Perhimpunan Haram
YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar semasa mengendalikan sidang media hari ini.

Tindakan Tegas Jika Terlibat Dengan Perhimpunan Haram
YDH Timbalan Ketua Polis Negara bersalaman dengan pihak media di Dewan Theatrette Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

ArticlePublished 11 Jun 2014 5.32 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM