
Article
Timbalan Kpn Ziarah Tun Hanif Di Hospital Kpj
Petaling Jaya, 22 Disember 2022 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini telah meluangkan masa dengan menziarahi bek...
Petaling Jaya, 22 Disember 2022 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini telah meluangkan masa dengan menziarahi bekas KPN, Tun Mohammed Hanif Omar di Hospital Pakar KPJ, Damansara, Selangor di sini.
Tun Hanif telah dimasukkan ke hospital berkenaan sejak seminggu lalu berikutan faktor kesihatan yang merosot melibatkan jantung beliau.
Semoga Tun Hanif diberikan kesihatan yang semakin baik dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood, Superintendan Komunikasi Korporat PDRM, Superintendan Mohamad Jahangir Ali dan Ketua Polis Balai Damansara, ASP Mohd Iqbal Mohamad.
Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.
