Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Ziarah Mendiang Pesara Acp C Chandramalar

Diterbitkan: 11 Dec 2023 9.39 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Klang, 11 Disember 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay pagi tadi tiba di kediaman mendiang pesara ACP Chandramalar A/P Chelliah bagi memberi penghormatan terakhir dan mengucapkan takziah bagi pihak Pasukan kepada keluarganya di Teluk Pulai, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-ziarah-mendiang-pesara-acp-c-chandramalar
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:21 MYT
Klang, 11 Disember 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay pagi tadi tiba di kediaman mendiang pesara ACP Chandramalar A/P Chelliah bagi memberi penghormatan terakhir dan mengucapkan takziah bagi pihak Pasukan kepada keluarganya di Teluk Pulai, di sini.

Mendiang Puan Chandramalar yang meninggal dunia akibat sakit tua di Pusat Perubatan Pakar Sentosa pagi semalam disemadikan dekat Hindu Crematorium Simpang Lima di Klang, petang tadi.

Terkenal dengan jolokan 'wanita besi' Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kemuncak kariernya sekitar tahun 1990-an, mendiang juga merupakan Pegawai Kanan Polis Wanita pertama bukan Bumiputera yang pernah dinaikkan ke pangkat Asisten Komisioner Polis.

Mendiang juga merupakan wanita pertama yang mengetuai Cawangan Anti Maksiat, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di Kontinjen Pulau Pinang dan pernah melakukan beribu jumlah serbuan untuk menyelamatkan kanak-kanak wanita di bawah umur dari menjadi mangsa eksploitasi.

Atas dasar dedikasi dan sumbang bakti kepada negara dan Pasukan, mendiang pernah dikurniakan pingat kebesaran Persekutuan iaitu Ahli Mangku Negara (A.M.N.) pada tahun 1977 dan Kesatria Mangku Negara (K.M.N.) pada tahun 1994 daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Yang turut hadir menziarahi mendiang tadi ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Risikan/Operasi/Rekod (D4) JSJ Bukit Aman, SAC Dato’ S. Shanmugamoorthy Chinniah dan Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Skandaguru Anandan.

Seluruh warga PDRM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mendiang dan semoga mereka tabah menghadapi ketentuan takdir.

Jurugambar: PDRM RMP TV

Mungkin imej 2 orang dan teks

Mungkin imej 3 orang

Mungkin imej 5 orang dan teks

Mungkin imej 3 orang, orang ramai dan teks

Mungkin imej 2 orang dan teks



ArtikelDiterbitkan 11 Dec 2023 9.39 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM