
Article
Timbalan Kpn Ziarah Keluarga Mangsa Tembak Di Perlis
Kangar, 6 Mac 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain bersama isteri merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis...
Kangar, 6 Mac 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain bersama isteri merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman meluangkan masa menziarahi keluarga Allahyarhamah Safsufarnisya Salleh di kediaman keluarganya di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat, Perlis di sini petang tadi.
Dalam kejadian pada 5 Mac lalu, mangsa yang merupakan isteri kepada seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal meninggal dunia akibat terkena tembakan yang dilepaskan oleh suaminya dalam kejadian di rumah mereka. Kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek kini direman tujuh hari sehingga 12 Mac depan.
Dalam lawatan tersebut, Tan Sri Razarudin menzahirkan rasa dukacita atas kemalangan jiwa yang berlaku dan memberikan sokongan moral serta menyampaikan sumbangan kebajikan kepada keluarga mangsa.
Turut hadir, Ketua Polis Perlis, DCP Dato' Surina Saad dan Ketua Polis Daerah Kangar, ACP Yusharifuddin Mohd Yusop.
Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin, Lans Koperal Muhamad Izqhar Zainal Abidin dan Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin.