
Article
Timbalan Kpn Ziarah Jenazah Allahyarham Sarjan Detektif Zaidi Omar
Kuala Lumpur, 5 Februari 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay pagi tadi hadir menziarahi jenazah Allahyarha...
Kuala Lumpur, 5 Februari 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay pagi tadi hadir menziarahi jenazah Allahyarham Sarjan Detektif Zaidi Omar yang meninggal dunia tengah malam tadi, bertempat di Masjid Bukit Aman, di sini.
Dato’ Sri Ayob Khan turut berkesempatan menyertai solat jenazah bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kariah sebelum mengiringi jenazah ke Tanah Perkuburan Islam Batu 10, Cheras Perdana, Selangor untuk dikebumikan.
Allahyarham Sarjan Detektif Zaidi yang bertugas di Bahagian E5 Cawangan Khas, Bukit Aman menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara kerana komplikasi pada jantung, paru-paru dan buah pinggang. Allahyarham meninggalkan seorang balu bersama lima orang cahaya mata.
Hadir sama, Penolong Pengarah E6A, Cawangan Khas, Bukit Aman, SAC Dato’ Yusni Mohd Jamil, Ketua Penolong Pengarah E7, Bukit Aman, SAC Mohamed Roslan Ahmed Junaidi, Penolong Pengarah E5B, Bukit Aman, Superintenden Noor Azman Amardin dan para pegawai kanan PDRM.
Jurugambar: PDRM RMP TV