Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Zahir Keprihatinan Terhadap Kebajikan Warga Ipk Sarawak

Published: 17 Sep 2026 6.17 AM Updated: 23 Sep 2026 12.54 AM
Kuching, 17 September 2026 – Keprihatinan terhadap kebajikan warga Pasukan dizahirkan Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid menerusi kunjungan ke kediaman warga Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak yang sedang berdepan ujian kesihatan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-zahir-keprihatinan-terhadap-kebajikan-warga-ipk-sarawak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:10 MYT
Kuching, 17 September 2026 – Keprihatinan terhadap kebajikan warga Pasukan dizahirkan Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid menerusi kunjungan ke kediaman warga Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak yang sedang berdepan ujian kesihatan.

Dalam kunjungan itu, Dato’ Sri Abdul Aziz meluangkan masa menziarahi Sarjan Siti Faridah Joni dari Jabatan Logistik dan Teknologi (Kepolisan Am) yang telah dua tahun menjalani rawatan kanser ovari.

Beliau turut menyantuni anak Sarjan Siti Faridah, Awang Fa’id Hamizan Abdullah Awang Naim yang disahkan menghidap kanser Classical Hodgkin’s Lymphoma pada tahun 2025 dan kini masih menerima rawatan.

Selain menyampaikan sumbangan bagi membantu meringankan beban keluarga berkenaan, Dato’ Sri Abdul Aziz turut menitipkan kata-kata semangat sebagai tanda sokongan moral agar mereka terus tabah dan cekal melalui tempoh sukar tersebut.

Kunjungan beliau diteruskan ke Kompleks Kuarters Perumahan Tabuan Jaya bagi melihat sendiri keadaan kemudahan kediaman warga Pasukan serta mendapatkan gambaran mengenai keperluan dan kebajikan para penghuninya.

Jurugambar: D6 IPK Sarawak

May be an image of text

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of text

May be an image of one or more people and text
ArticlePublished 17 Sep 2026 6.17 AMUpdated 23 Sep 2026 12.54 AM