
Article
Timbalan Kpn Tinjau Situasi Banjir Santuni Penduduk Di Segamat
Segamat, 18 November 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hadir meninjau situasi banjir dan melawat Pusat Pemindahan...
Segamat, 18 November 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hadir meninjau situasi banjir dan melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang menempatkan mangsa banjir, di sini, petang tadi.
Antara lokasi tumpuan tinjauan adalah Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu 5 yang menempatkan seramai 17 buah keluarga.
Seusai tinjauan, beliau hadir mendengar Taklimat Perkembangan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan Persiapan Banjir Bagi Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat, Johor yang disampaikan oleh Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah di Bilik Mesyuarat IPD Segamat.
Tan Sri Razarudin berkesempatan menunaikan solat fardhu Jumaat di Masjid Jamek Taman Yayasan selain turut menyantuni penduduk setempat yang ditimpa musibah banjir di PPS Balai Raya Kampung Batu Badak di samping menyampaikan sumbangan kebajikan kepada 17 buah keluarga yang terjejas.
Turut hadir ialah, Ketua Polis (KP) Johor, CP Dato' Kamarul Zaman Mamat, Timbalan KP Johor, DCP M. Kumar S. Muthuvelu, barisan Ketua Jabatan, Ketua Polis Daerah Kontinjen Johor dan Penghulu Mukim Gemereh, Encik Nur Shah Afendi Asmun serta Ketua Kampung Batu Badak, Encik Abd Manap Munaji.
Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin