Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Tinjau Situasi Banjir Santuni Penduduk Di Segamat

Diterbitkan: 18 Nov 2022 12.27 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Segamat, 18 November 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hadir meninjau situasi banjir dan melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang menempatkan mangsa banjir, di sini, petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-tinjau-situasi-banjir-santuni-penduduk-di-segamat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:03 MYT
Segamat, 18 November 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hadir meninjau situasi banjir dan melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang menempatkan mangsa banjir, di sini, petang tadi.

Tan Sri Razarudin telah melakukan tinjauan menerusi udara menggunakan pesawat Agusta Westland AW139 dengan diiringi Timbalan Pengarah (Teknikal/Operasi), Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, DCP Dato’ Shukri Abdullah bersama Ketua Lesen Pasukan, SAC Dzulkhairi Mukhtar.

Antara lokasi tumpuan tinjauan adalah Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu 5 yang menempatkan seramai 17 buah keluarga.
Seusai tinjauan, beliau hadir mendengar Taklimat Perkembangan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan Persiapan Banjir Bagi Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat, Johor yang disampaikan oleh Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah di Bilik Mesyuarat IPD Segamat.

Tan Sri Razarudin berkesempatan menunaikan solat fardhu Jumaat di Masjid Jamek Taman Yayasan selain turut menyantuni penduduk setempat yang ditimpa musibah banjir di PPS Balai Raya Kampung Batu Badak di samping menyampaikan sumbangan kebajikan kepada 17 buah keluarga yang terjejas.

Turut hadir ialah, Ketua Polis (KP) Johor, CP Dato' Kamarul Zaman Mamat, Timbalan KP Johor, DCP M. Kumar S. Muthuvelu, barisan Ketua Jabatan, Ketua Polis Daerah Kontinjen Johor dan Penghulu Mukim Gemereh, Encik Nur Shah Afendi Asmun serta Ketua Kampung Batu Badak, Encik Abd Manap Munaji.

Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin

ArtikelDiterbitkan 18 Nov 2022 12.27 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM