Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Tinjau Kejohanan Menembak Ipsc Rmp Open Championship 2025

Diterbitkan: 09 May 2025 8.02 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.03 PM
Putrajaya, 9 Mei 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay meninjau Kejohanan Menembak IPSC RMP Open Championship 2025 – Level III yang berlangsung di Lapang Sasar Kelab Menembak Sasaran Shapadu, Presint 20, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-tinjau-kejohanan-menembak-ipsc-rmp-open-championship-2025
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:53 MYT
Putrajaya, 9 Mei 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay meninjau Kejohanan Menembak IPSC RMP Open Championship 2025 – Level III yang berlangsung di Lapang Sasar Kelab Menembak Sasaran Shapadu, Presint 20, di sini.

Ketibaan beliau di lokasi telah disambut Presiden Kelab Menembak Shapadu, Dato’ Seri Hj. Shafiz Dato’ Shahrani.

Dato' Sri Ayob Khan kemudiannya melawat ke beberapa reruai jualan bersama Timbalan Pengarah (Pasukan Gerakan Am) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, DCP Dato’ Mohamad Suzrin Mohd Rodhi. Sebanyak 15 buah reruai jualan telah mengambil bahagian bagi memeriahkan lagi kejohanan pada kali ini.

Turut hadir ialah Presiden Institut Pegawai Kawalan Kebangsaan Malaysia, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman, Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Aidi Sham Mohamed dan Timbalan Komander (Operasi) Unit Tindakhas Pasukan Gerakan Khas, KDNKA Bukit Aman, ACP Hairi Samad.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 3 people and text

May be an image of 5 people

May be an image of 2 people

May be an image of 3 people and text that says '1SC ЭНООТ ЭНООТ KANDAK KAN'

May be an image of 4 people and text that says 'IPSC'
ArtikelDiterbitkan 09 May 2025 8.02 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.03 PM