Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Raikan 25 Bakal Jemaah Haji Pdrm Dalam Majlis Bacaan Yasin Dan Doa Selamat

Diterbitkan: 09 May 2025 7.07 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.03 PM
Kuala Lumpur, 9 Mei 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain, pagi tadi meraikan 25 bakal jemaah haji warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman Tahun 2025 dalam Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat di Dewan Solat Utama, Masjid Bukit Aman.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-raikan-25-bakal-jemaah-haji-pdrm-dalam-majlis-bacaan-yasin-dan-doa-selamat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:05 MYT

 
Kuala Lumpur, 9 Mei 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain, pagi tadi meraikan 25 bakal jemaah haji warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman Tahun 2025 dalam Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat di Dewan Solat Utama, Masjid Bukit Aman.

Tan Sri Razarudin tiba pada jam 10.50 pagi dan disambut Timbalan KPN, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama Timbalan Pengarah Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur serta Pengerusi Masjid Bukit Aman, DCP Datuk Azhan Abdul Halim.

Bacaan Yasin dan doa selamat yang dipimpin Imam Masjid Bukit Aman, Sarjan Mejar Hj. Razlee Asmat itu diadakan bagi mendoakan keselamatan dan keberkatan 25 bakal jemaah haji PDRM ke Tanah Suci Mekah agar segala urusan mereka dipermudahkan serta memperoleh haji yang mabrur.

Turut diadakan bacaan tahlil bagi mengenang jasa para perwira PDRM yang telah kembali ke rahmatullah.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato' Sri Mohamad Yusri Hj. Hassan Basri, Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato' Kamaruzaman Abdullah, Timbalan Pengarah (Jenayah Siber), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, SAC Shamsul Amar Ramli, para pegawai kanan dan ahli-ahli Persatuan Keluarga Polis (PERKEP).

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri
 

May be an image of 5 people and text

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 2 people, people studying, dais and text

May be an image of 18 people, dais and text

ArtikelDiterbitkan 09 May 2025 7.07 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.03 PM