
Artikel
Timbalan Kpn Terima Laporan Khas Banci Malaysia Keluarga Pdrm
Kuala Lumpur, 26 Julai 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menerima Laporan Khas Banci Malaysia...
Kuala Lumpur, 26 Julai 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menerima Laporan Khas Banci Malaysia 2020: Keluarga Polis Diraja Malaysia (PDRM) daripada Ketua Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin di Bilik Tetamu KPN, Menara 1, Bukit Aman, di sini.
Ia merupakan laporan berhubung statistik bilangan anggota dan pegawai PDRM, bilangan isi rumah serta statistik kesihatan dalam kalangan warga PDRM yang masih berkhidmat di seluruh negara.
Hadir sama dalam penyerahan laporan berkenaan adalah Pengarah Pengurusan, CP Dato' Azmi Abu Kassim, Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran) Bukit Aman, SAC Dato’ Kamaruzaman Abdullah, Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman, SAC Azman Abd Razak, Pengarah Kanan Bahagian Perangkaan Penduduk dan Demografi, Encik Wan Mohd Shahrulnizam Wan Mohd Najuri, Pengarah Bahagian Perangkaan Komunikasi Strategik dan Antarabangsa, Puan Ezatul Nisha Abdul Rahman serta pegawai kanan Perangkaan Malaysia
Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan




