
Artikel
Timbalan Kpn Terima Kunjungan Hormat Presiden Pikm
Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain menerima kunjungan hormat daripada Presiden Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (P...
Kuala Lumpur, 5 Oktober 2022 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain menerima kunjungan hormat daripada Presiden Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM), Dato’ Sri Hj. Ramli Hj. Yusuff bersama delegasi di pejabat rasminya di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini pagi ini.
Intipati kunjungan antaranya membincangkan mengenai isu menangani pengambilan pengawal keselamatan secara haram serta jalinan kerjasama dengan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK).
Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah (Koordinasi Sumber Sokongan) JPJKK Bukit Aman, SAC Azhan Abdul Halim, Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran) Bukit Aman, SAC Kamaruzaman Abdullah, Ketua Urus Setia KPN (Perundangan) Bukit Aman, SAC Abdul Rahman Atan dan Penolong Pengarah (Koordinasi Sumber Sokongan) JPJKK Bukit Aman, ACP Dr. Parusuraman Subramanian.
Jurugambar: Koperal Irfan Bujang







Jurugambar: Koperal Irfan Bujang