
Artikel
Timbalan Kpn Terima Kunjungan Hormat Presiden Pakar Malaysia
Kuala Lumpur, 2 Januari 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pr...
Kuala Lumpur, 2 Januari 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menerima kunjungan hormat daripada Presiden Pertubuhan Anti Korupsi (PAKAR) Malaysia, Dato' Sri Shamshun Baharin Mohd Jamil di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato' Sri Azri Ahmad, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad dan Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Skandaguru Anandan serta delegasi PAKAR.