Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Hadir Ke Majlis Peluncuran Pangkalan Data Utama Padu

Diterbitkan: 03 Jan 2024 12.13 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Putrajaya, 2 Januari 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay memenuhi undangan menghadiri Majlis Peluncuran Pangkalan Data Utama (PADU) yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-ke-majlis-peluncuran-pangkalan-data-utama-padu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:44 MYT
Putrajaya, 2 Januari 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay memenuhi undangan menghadiri Majlis Peluncuran Pangkalan Data Utama (PADU) yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, pagi tadi.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Anwar Ibrahim sambil disaksikan oleh Timbalan PM merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dan Wilayah, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama Menteri Ekonomi, Tuan Rafizi Ramli dan Menteri Digital, Tuan Gobind Singh Deo.

Sistem PADU merupakan pangkalan data yang menjadi inisiatif Kerajaan untuk meningkatkan kecekapan perancangan dan pengagihan sumber supaya dapat disalurkan secara bersasar serta bermanfaat kepada isi rumah rakyat Malaysia dalam kategori berkelayakan. Sistem ini juga dibangunkan bagi mewujudkan mekanisme penjimatan sumber dan meningkatkan projek sosioekonomi yang mampu memberi impak maksimum kepada rakyat.

Terdahulu dalam majlis sama, turut berlangsung sesi pembentangan mengenai "PADU Meneraju Akses Digital Untuk Kesejahteraan Rakyat" yang disampaikan oleh Ketua Perangkawan, Jabatan Perangkaan Malaysia, Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin.

Acara diteruskan dengan sesi forum bertajuk "Memacu Peralihan Melalui PADU" yang dikendalikan oleh Rakan Perjanjian, Ekonomi dan Dasar, PwC Malaysia, Puan Marina Che Mokhtar selaku moderator bersama tiga orang panel lain iaitu Timbalan Ketua Pengarah (Teknologi Maklumat dan Komunikasi), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Dr. Fazidah Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Digital, Dato' Ts. Dr. Hj. Amirudin Abdul Wahab FASc dan Pengarah Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial, Universiti Malaya, Profesor Emeritus Datuk Dr. Norma Mansor.

Hadir sama, barisan Menteri dan Timbalan Menteri, barisan Menteri Besar dan Ketua Menteri serta barisan Ketua Jabatan Agensi Kerajaan.

Jurugambar: PDRM RMP TV

Mungkin imej 2 orang, dais dan teks yang berkata 'oleh AB DATO' SERI ANWAR PERDANA MENTE ANUARI 2024 (SELA 12.00 TENGAH HAR ERDANA, PICC, PU WALAYSIA

Mungkin imej 2 orang, orang ramai dan teks yang berkata 'DU'

Mungkin imej 2 orang dan teks

Mungkin imej 7 orang, dais dan teks yang berkata 'MAJLIS PELUNCURAN PADU PANGKALAN DATA UTAMA Disempurnakan Oleh YAB DATO' SERI ANWAR BIN IBRAHIM DRM

Mungkin imej 6 orang dan teks

Mungkin imej 2 orang, bilik berita dan teks

Mungkin imej 7 orang, bilik berita, dais dan teks

Mungkin imej pembesar suara, televisyen, pencahayaan, orang ramai, dais dan teks

Mungkin imej 13 orang, pembesar suara, pencahayaan, dais dan teks


ArtikelDiterbitkan 03 Jan 2024 12.13 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM