Timbalan Kpn Terima Kunjungan Hormat Ketua Eksekutif Dan Setiausaha Eaic
Kuala Lumpur, 11 Januari 2021 – Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Eksekutif dan Setiausaha Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati Ahmad bersama delegasinya di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pagi tadi.
Kunjungan yang berlangsung selama satu jam tersebut antaranya membincangkan perkara-perkara berkaitan tatacara dan kaedah siasatan, selain memperkasakan lagi hubungan kerjasama di antara PDRM dengan EAIC.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato' Zamri Yahya dan Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), DCP Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf.
Foto: Koperal Irfan Bujang.
Sesi bergambar kenangan.
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani semasa sesi dialog bersama Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) hari ini.
Sekitar sesi dialog Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bersama Timbalan Ketua Polis Negara pada hari ini.
Sekitar sesi dialog Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bersama Timbalan Ketua Polis Negara pada hari ini.
Delegasi EAIC diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Setiausaha Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati Ahmad.
Sekitar sesi dialog Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bersama Timbalan Ketua Polis Negara pada hari ini.
Sekitar sesi dialog Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bersama Timbalan Ketua Polis Negara pada hari ini.
Sekitar sesi dialog Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bersama Timbalan Ketua Polis Negara pada hari ini.
Sekitar sesi penyampaian cenderahati.
Sekitar sesi penyampaian cenderahati.