
Artikel
Timbalan Kpn Terima Kunjungan Hormat Japenswp
Kuala Lumpur, 24 Mac 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menerima kunjungan hormat delegasi Jabat...
Kuala Lumpur, 24 Mac 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menerima kunjungan hormat delegasi Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JaPenSWP) yang diketuai oleh Pengarah/Ketua Pendakwa Syarie, Encik Abdul Razak Mat Nayan di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, petang tadi.
Sesi kunjungan hormat tadi bertujuan menjemput Dato' Sri Ayob Khan untuk menyampaikan ceramah dalam Program Al-Liqa' Al Qanuniy Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 yang akan diadakan pada 21 April 2025 bertempat di Hotel Alfa, Wilayah Persekutuan Labuan.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Cawangan Khas I, CP Datuk Ts. Ahmad Ramdzan Daud, Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato' Kamaruzaman Abdullah dan Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Julina Salehuddin.
Jurugambar: PDRM RMP TV