Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain bersama pucuk pimpinan dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Polis ke-218.
Pada usia melangkaui lebih dua abad ini, PDRM kekal sebagai tunjang utama dalam menjaga keamanan dan kestabilan negara, mengadaptasi teknologi terkini serta amalan kepolisan moden untuk menghadapi cabaran zaman.
Kami, wira dan wirawati Sang Saka Biru akan terus memelihara keharmonian rakyat dan mempertahankan kedaulatan negara.
Terima kasih jua atas kepercayaan dan sokongan masyarakat selama ini yang menjadi denyut nadi kepada langkah PDRM dalam menggalas amanah. Semoga melalui kerjasama yang terjalin, tercipta kekuatan yang semakin mendalam untuk kita semua menjaga keamanan dan kesejahteraan tanah air tercinta. 

"Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada"
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di: