Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Terima Kunjungan Hormat First Secretary Kedutaan Besar Jepun Di Kuala Lumpur

Published: 27 Jul 2023 11.00 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 27 Julai 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada First Secretary Kedutaan Besar Jepun di Kuala Lumpur, Mr. Yukihiko Kobayashi dan Mr. Yuki Riho di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-terima-kunjungan-hormat-first-secretary-kedutaan-besar-jepun-di-kuala-lumpur
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:34 MYT
Kuala Lumpur, 27 Julai 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada First Secretary Kedutaan Besar Jepun di Kuala Lumpur, Mr. Yukihiko Kobayashi dan Mr. Yuki Riho di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, petang tadi.

Kunjungan hormat tersebut turut dihadiri Second Secretary, Mr. Taizo Suga.

Simbolik kunjungan ke Bukit Aman tadi merupakan salam perpisahan oleh Mr. Yukihiko ke atas pucuk pimpinan Pasukan kerana beliau akan menjalani tempoh persaraan. Beliau turut menzahirkan penghargaannya kepada Polis Diraja Malaysia atas segala kerjasama yang diberikan sepanjang tiga tahun berkhidmat di Kedutaan Besar Jepun.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah E3, Cawangan Khas Bukit Aman, DCP Tan Beng Yeow, Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa) Bukit Aman, SAC Suparamaniam Ramasamy dan Superintendan Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa) Bukit Aman, Superintendan Loh Pey Pey.

Jurugambar: Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.

May be an image of 3 people, the Oval Office, dais and text

May be an image of ‎3 people, dais and ‎text that says '‎IBU PEJABAT POLIS BUKIT DIRAJA AMAN AYSIA מל×צם He BUKIT AMAN‎'‎‎

May be an image of 7 people and text

May be an image of 6 people, lighting and dais

May be an image of 5 people and text

May be an image of 2 people, dais and text


ArticlePublished 27 Jul 2023 11.00 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM