
Article
Timbalan Kpn Terima Kunjungan Hormat Delegasi Uis
Kuala Lumpur, 13 November 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini berbesar hati menerima kunjungan horm...
Kuala Lumpur, 13 November 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi Universiti Islam Selangor (UIS) di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini.
Delegasi yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan, Jaringan Komuniti dan Industri UIS, Dr. Latifa Bibi Musafar Hameed bertujuan menjalin kerjasama di antara UIS dan PDRM serta bertukar pandangan bagi program yang melibatkan komuniti berkaitan penyalahgunaan dadah yang akan dijalankan pada masa akan datang.
Hadir sama, Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Abdul Aziz Abdul Majid, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Hussein Omar Khan dan ACP Urus Setia KPN (Pentadbiran) Bukit Aman, ACP Dr. Mazlan Ismail.
Jurugambar: PDRM RMPTV




