
Artikel
Timbalan Kpn Terima Kunjungan Hormat Delegasi Syarikat Jutaan Ringgit Sdn Bhd
Kunjungan yang diketuai oleh Pengarah Urusan, Dato’ Zaidan Awang @ A. Aida itu bagi membincangkan mengenai perancangan dan hala tuju penerbitan dokumentari ber...
Kuala Lumpur, 19 Februari 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menerima kunjungan hormat daripada delegasi Syarikat Jutaan Ringgit Sdn. Bhd. di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini petang tadi.
Kunjungan yang diketuai oleh Pengarah Urusan, Dato’ Zaidan Awang @ A. Aida itu bagi membincangkan mengenai perancangan dan hala tuju penerbitan dokumentari bertajuk "Perang Senyap: Terrorisme dan Ekstremisme".
Hadir sama, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ M. Kumar S. Muthuvelu, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Bukit Aman, CP Dato' Mohammad Shaharul Md Osman, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Abdul Rahman Kassim dan Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Julina Salehuddin.
Jurugambar: PDRM RMP TV