Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Terima Kunjungan Hormat Delegasi Nacsa

Diterbitkan: 11 Aug 2025 11.55 AM Dikemas kini: 22 Sep 2026 11.31 PM
Kuala Lumpur, 11 Ogos 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi The National Cyber Security Agency (NACSA) di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini, petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-terima-kunjungan-hormat-delegasi-nacsa
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 19:57 MYT
Kuala Lumpur, 11 Ogos 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi The National Cyber Security Agency (NACSA) di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini, petang tadi.

Delegasi yang diketuai oleh Ketua Eksekutif NACSA, Ir. Dr. Megat Zuhairy Megat Tajuddin bertujuan memperkukuh kerjasama strategik dalam menangani pelbagai ancaman keselamatan siber dan jenayah siber.

Turut hadir, Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, DCP Dato' Azman Ayob, Timbalan Pengarah (Jenayah Siber), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, DCP Shamsul Amar Ramli, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Kamaruzaman Abdullah, Ketua Urus Setia KPN (Perundangan) Bukit Aman, SAC Abd Rahman Atan dan Penolong Pengarah E1B, Cawangan Khas Bukit Aman, SAC G. Seetha Devi M. G Nair.

Jurugambar: PDRM RMP TV

 
ArtikelDiterbitkan 11 Aug 2025 11.55 AMDikemas kini 22 Sep 2026 11.31 PM