Artikel
Timbalan Kpn Terima Kunjungan Hormat Delegasi Mycc
Kuala Lumpur, 5 Jun 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menerima kunjungan hormat daripada delegasi Suruha...
Kuala Lumpur, 5 Jun 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menerima kunjungan hormat daripada delegasi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Encik Iskandar Ismail di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf, Timbalan Pengarah II Cawangan Khas Bukit Aman, CP Dato' Abdul Aziz Abdul Majid, Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam Bukit Aman, DCP Dato' Hj. Mohd Yusoff Mamat dan Ketua Urus Setia KPN (Perundangan), SAC Rahman Atan serta delegasi MyCC.
Jurugambar: PDRM RMP TV




