Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Terima Kunjungan Hormat Daripada Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perhilitan

Diterbitkan: 23 Sep 2020 9.13 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 23 September 2020 – Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), DIG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Ketua Pengarah (Konservasi), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Dato’ Fakhrul Hatta Musa serta delegasi di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-terima-kunjungan-hormat-daripada-timbalan-ketua-pengarah-jabatan-perhilitan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:00 MYT

Kuala Lumpur, 23 September 2020 – Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), DIG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Ketua Pengarah (Konservasi), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Dato’ Fakhrul Hatta Musa serta delegasi di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.

Perbincangan tersebut antara lainnya untuk berbincang dan mengkaji peruntukan undang-undang sedia ada bagi membendung jenayah hidupan liar melalui penguatkuasaan yang lebih efektif oleh kesemua agensi penguat kuasa terlibat.

Ianya berikutan jenayah hidupan liar di Malaysia dilihat menjadi satu bentuk jenayah terancang sebagaimana jenayah pemerdagangan manusia, dadah dan sebagainya yang boleh memusnahkan khazanah negara dari segi pembangunan sosioekonomi, kestabilan alam sekitar serta hidupan liar itu sendiri.

Ia juga seiring dengan hasrat Perdana Menteri, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin dan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador yang mahukan kawasan hutan negara terus dilindungi daripada sebarang ancaman pemburuan dan penyeludupan flora serta fauna secara haram.

Turut hadir, Setiausaha Bahagian Keselamatan, Kementerian Dalam Negeri, Encik Zulkifli Abidin, Pengarah Cawangan Risikan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Tuan Mohd Shahrin Mohd Dom, Timbalan Pengarah (Gerakan), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam, CP Dato’ Azri Bin Ahmad dan Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi), Jabatan Siasatan Jenayah, Dato’ Mohd Roze Haji Shaari.

Image may contain: 7 people, people standing and indoor
Bergambar kenangan.

Image may contain: 2 people, indoor
Setiausaha Bahagian Keselamatan, Kementerian Dalam Negeri, Encik Zulkifli Abidin menandatangani buku pelawat.

Image may contain: 2 people, screen and indoor
Timbalan Ketua Pengarah (Konservasi), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Dato’ Fakhrul Hatta Musa menandatangani buku pelawat.

Image may contain: 2 people, people sitting, screen and indoor
Pengarah Cawangan Risikan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Tuan Mohd Shahrin Mohd Dom menandatangani buku pelawat.

Image may contain: 2 people, people sitting, table and indoor
Bacaan doa bagi memberkati majlis.

Image may contain: 5 people, people sitting and table, text that says 'SITUASI TERKI GLOBAL MALAYSIA PDRM 1358 OP COVID-19 POLIS DIRAJA MALAYSIA DAY 190 37
Sekitar kunjungan hormat daripada Timbalan Ketua Pengarah (Konservasi), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Dato’ Fakhrul Hatta Musa ke atas Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), DIG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Image may contain: 2 people, people sitting, office, table and indoor
Sekitar kunjungan hormat daripada Timbalan Ketua Pengarah (Konservasi), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Dato’ Fakhrul Hatta Musa ke atas Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), DIG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Image may contain: 3 people, people sitting, table and indoor
Sekitar kunjungan hormat daripada Timbalan Ketua Pengarah (Konservasi), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Dato’ Fakhrul Hatta Musa ke atas Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), DIG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

ArtikelDiterbitkan 23 Sep 2020 9.13 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM