
Segmen Throwbackpdrm Bsb Jadi Elemen Penghubung Pdrm Dan Masyarakat
Kewujudan Badan Seni Budaya (BSB) menjadi satu elemen kepada perhubungan yang lebih rapat di antara pihak polis dan masyarakat. Disamping itu juga, BSB turut menaikkan nama Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui persembahan dan pertandingan yang disertai.
Jom sama-sama mengimbau kembali kenangan warga Polis Diraja Malaysia, menerusi segmen #ThrowBackPDRM.
Gambar kenangan ini dirakam ketika pasukan BSB mengiring Pancaragam Pusat PDRM mengadakan persembahan semasa Police Tatoo di Adelaide, Australia sekitar bulan Mei 2006. Mereka juga telah mendapat anugerah persembahan terbaik pada ketika itu.
Sumber: 'Buku Polis Wanita' (Sejarah Bergambar 1955-2007).
Anda ada sebarang gambar menarik yang ingin dikongsikan bersama kami? Sila hantarkan bahan-bahan tersebut ke alamat emel official.pdrmsia@gmail.com atau melalui inbox PDRM. Kami mengalu-alukan dan menghargai sebarang perkongsian daripada anda.
#ThrowBackPDRM
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#23092020