Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Sertai Program Qiyam Dan Subuh Perdana Pdrm

Published: 12 Dec 2025 7.31 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 12 Disember 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), IG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir menyertai Program Qiyam dan Subuh Perdana Polis Diraja Malaysia (PDRM) anjuran Masjid Bukit Aman yang berlangsung di Dewan Solat Utama, Masjid Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-sertai-program-qiyam-dan-subuh-perdana-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:36 MYT
Kuala Lumpur, 12 Disember 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), IG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir menyertai Program Qiyam dan Subuh Perdana Polis Diraja Malaysia (PDRM) anjuran Masjid Bukit Aman yang berlangsung di Dewan Solat Utama, Masjid Bukit Aman, di sini, pagi tadi.

Ketibaan beliau disambut oleh Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, CP Datuk Hj. Hamzah Hj. Ahmad.

Program dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Al-Fadhil Ustaz Syeikh Abdul Karim Omar Al-Makki, sebelum diteruskan dengan qiamullail yang turut dipimpin oleh beliau. Sepanjang program, para jemaah menunaikan Solat Tahajud, Solat Hajat dan Solat Witir sebagai pengisian utamanya.

Seusai qiamullail, jemaah menunaikan Solat Subuh berjemaah yang dipimpin oleh Ustaz Syeikh Abdul Karim. Majlis diteruskan dengan sesi tazkirah Subuh bertajuk “Mencari Tuhan di Tengah Sibuk Dunia” yang disampaikan oleh pendakwah bebas, Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang. Perkongsian beliau memberi peringatan bermakna tentang keutamaan menjaga hubungan dengan Allah SWT meskipun berdepan rutin kehidupan yang mencabar.

Program kali ini turut memperkenalkan Bonus Subuh khusus untuk peserta berusia 17 tahun dan ke bawah, sebagai usaha menggalakkan penyertaan generasi muda dalam aktiviti keagamaan serta memupuk kecintaan terhadap majlis ilmu. Inisiatif ini menjadikan program bukan sekadar platform ibadah, malah medan mengeratkan ukhuwah sesama warga PDRM dan masyarakat.

Turut hadir menyertai jemaah ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, CP Dato' Hussein Omar Khan, barisan Timbalan Pengarah dan Ketua Penolong Pengarah jabatan-jabatan PDRM, warga kerja Bukit Aman serta penduduk setempat.

Jurugambar: PDRM RMP TV
May be an image of one or more people

May be an image of one or more people and text

May be an image of text that says 'PDRM'

May be an image of one or more people and text that says 'CIK LIKEDRM PDRN'

May be an image of one or more people and text


ArticlePublished 12 Dec 2025 7.31 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM