Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Serikan Majlis Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Qatar

Published: 09 Dec 2025 1.03 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 9 Disember 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Qatar yang berlangsung di Mayang Sari Grand Ballroom, JW Marriott Hotel, di sini, malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-serikan-majlis-sambutan-ulang-tahun-hari-kebangsaan-negara-qatar
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:18 MYT
 
Kuala Lumpur, 9 Disember 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Qatar yang berlangsung di Mayang Sari Grand Ballroom, JW Marriott Hotel, di sini, malam tadi.

Kehadiran beliau mewakili Polis Diraja Malaysia menyerlahkan hubungan dua hala yang kukuh antara Malaysia dan Qatar, khususnya dalam memperkasakan kerjasama keselamatan, diplomasi serta jaringan strategik antara agensi penguatkuasaan kedua-dua negara.

Majlis dimulakan dengan ucapan Duta Besar Qatar ke Malaysia, H.E. Salah Mohammed Abdullah Busiol Al-Sorour yang merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia, diikuti ucapan balas oleh Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin.

Para tetamu turut berpeluang menikmati hidangan tradisional Qatar di samping mengunjungi ruangan khas yang mempamerkan budaya, sejarah dan pembangunan moden negara berkenaan.

Turut hadir, Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato' Setia Dr. Hj. Mohd Naim Hj. Mokhtar, pegawai-pegawai kedutaan asing, ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan serta Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Nuzulan Mohd Din.

Jurugambar: PDRM RMPTV

May be an image of one or more people, dais and wedding

May be an image of one or more people, suit and dais

May be an image of dais and text that says 'MARRIOTT KUALA KUALALUMPUR LUMPUR LUMPUR'

May be an image of one or more people, wedding and dais

May be an image of one or more people and dais
ArticlePublished 09 Dec 2025 1.03 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM