
Article
Timbalan Kpn Serikan Majlis Iftar Anjuran Kdn Bersama Media Tahun 2025
Putrajaya, 5 Mac 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir sebagai jemputan bagi menyerikan Majlis Iftar K...
Putrajaya, 5 Mac 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir sebagai jemputan bagi menyerikan Majlis Iftar Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama media bagi tahun ini yang diadakan di BoraOmbak Marina Putrajaya, di sini, semalam.
Ketibaan Dato' Sri Ayob Khan sekitar jam 6.00 petang itu telah disambut Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Aidi Sham Mohamed.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail selaku tuan rumah.
Penganjuran iftar itu bertujuan mengeratkan lagi hubungan dan menghargai sumbangan para pengamal media dalam menyampaikan maklumat berkaitan keselamatan serta dasar Kerajaan kepada masyarakat.
Hadir sama, Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Dato' Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Awang Alik Jeman, barisan Timbalan KSU KDN, dan ketua-ketua jabatan serta agensi di bawah KDN.