
Artikel
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Rampas Dadah Katrij Vape Rm11 Juta
Kuala Lumpur, 5 Mac 2025 - Polis menumpaskan sindiket memproses dadah dan katrij rokok elektronik (vape) membabitkan rampasan dadah bernilai RM 11 juta dalam e...
Kuala Lumpur, 5 Mac 2025 - Polis menumpaskan sindiket memproses dadah dan katrij rokok elektronik (vape) membabitkan rampasan dadah bernilai RM 11 juta dalam empat serbuan di Lembah Klang pada 26 Februari lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya menahan empat suspek termasuk wanita berusia antara 26 hingga 42 tahun untuk siasatan.
Menurutnya, serbuan pertama dijalankan di Jalan Gombak dengan menahan lelaki dan wanita tempatan berusia 26 serta 42 tahun yang didapati positif Methamphetamine.
“la membawa kepada serbuan kedua di Taman Kuchai Jaya membabitkan suspek lelaki berusia 35 tahun berperanan ahli kimia lelaki untuk memproses katrij vape.
“Suspek mempunyai 13 rekod jenayah dadah dan didapati positif Ampetamin,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, semalam.