Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Serikan Majlis Apresiasi Erat Anjuran Eaic

Diterbitkan: 26 May 2026 1.08 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.42 PM
Putrajaya, 26 Mei 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir menyerikan Majlis Apresiasi Encouraging Responsibility, Accountability, Trustworthiness (ERAT) anjuran Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) yang berlangsung di Dewan Damar Sari, Kompleks F8, di sini, malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-serikan-majlis-apresiasi-erat-anjuran-eaic
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:02 MYT
Putrajaya, 26 Mei 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir menyerikan Majlis Apresiasi Encouraging Responsibility, Accountability, Trustworthiness (ERAT) anjuran Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) yang berlangsung di Dewan Damar Sari, Kompleks F8, di sini, malam tadi.

Majlis Apresiasi ERAT merupakan program tahunan yang dianjurkan sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen serta sumbangan warga kerja dan agensi penguat kuasa di bawah seliaan EAIC dalam memperkukuh budaya integriti, akauntabiliti dan tadbir urus berhemah.

Program yang dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar itu turut diisi dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi EAIC, Tan Sri Dr. Ismail Hj. Bakar serta penyampaian penghargaan kepada ketua-ketua jabatan agensi penguatkuasaan di bawah seliaan EAIC dan para pengamal media.

Kehadiran Tan Sri Ayob Khan yang mewakili Ketua Polis Negara, IG Dato' Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail mencerminkan komitmen berterusan Polis Diraja Malaysia dalam menyokong usaha memperkasa nilai integriti, amanah dan profesionalisme dalam kalangan agensi penguatkuasaan demi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap institusi keselamatan negara.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of table, lighting and dais

May be an image of one or more people

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people and dais

No photo description available.

ArtikelDiterbitkan 26 May 2026 1.08 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.42 PM