
Artikel
Timbalan Kpn Sempurnakan Perasmian Surau Casa Anggun
Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Surau Casa Anggun, Sungai Nibong, di sini...
Bayan Lepas, 10 Mei 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Surau Casa Anggun, Sungai Nibong, di sini, semalam.
Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Polis negeri, CP Dato’ Ts. Azizee Ismail bersama Pengerusi Surau Casa Anggun, Dr. Kamarulzaman Zakarsi.
Dalam ucapan perasmiannya, Tan Sri Ayob Khan berharap agar surau tersebut bukan sahaja dimanfaatkan sebagai tempat ibadah, malah turut berperanan sebagai pusat penyatuan komuniti dan medium memperkukuh ukhuwah serta semangat kemasyarakatan dalam kalangan penduduk setempat.
Beliau turut menyeru agar budaya mengimarahkan surau diteruskan secara konsisten dan tidak hanya tertumpu pada bulan Ramadan semata-mata, sebaliknya dijadikan amalan harian demi menyuburkan kehidupan beragama dalam masyarakat.
Seusai majlis, beliau tidak ketinggalan meluangkan masa beramah mesra bersama para tetamu dan penduduk yang hadir.
Turut hadir, Ketua Polis Daerah Barat Daya, ACP Anuwal Ab Wahab dan Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Abdul Rozak Muhammad.
Jurugambar: PDRM RMPTV