
Artikel
Timbalan Kpn Santuni Warga Pdrm Dalam Majlis Makan Malam Temasya Sukan Piala Ketua Polis Negara 2026
Penganjuran program tersebut bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kesukanan dalam kalangan warga PDRM yang terlibat dalam temasya...
Georgetown, 10 Mei 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay merangkap Naib Yang Dipertua Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir menyantuni warga PDRM dalam Majlis Makan Malam sempena Temasya Sukan 2 Piala KPN 2026 yang berlangsung di Dewan Komuniti, Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, Batu Uban, di sini, malam tadi.
Penganjuran program tersebut bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kesukanan dalam kalangan warga PDRM yang terlibat dalam temasya sukan berkenaan.
Majlis turut diserikan dengan sesi penyerahan baju rasmi Temasya Sukan 2 Piala KPN 2026 kepada Tan Sri Ayob Khan yang disampaikan oleh Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid.
Turut hadir, Ketua Polis Negeri, CP Dato' Ts. Azizee Ismail, Ketua Polis, CP Dato’ Fadil Hj. Marsus, Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Datuk Mohamad Zainal Hj. Abdullah dan Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Dato’ Alzafny Ahmad.
Jurugambar: PDRM RMPTV