Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Sempurnakan Penyampaian P J P N Kepada 17 Pesara Polis Di Kedah

Published: 06 Mar 2023 1.35 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Alor Setar, 6 Mac 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini menyempurnakan penyampaian Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N.) tanpa istiadat kepada 17 pesara polis Kontinjen Kedah sebagai tanda penghargaan atas khidmat bakti mereka sewaktu era darurat.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-sempurnakan-penyampaian-p-j-p-n-kepada-17-pesara-polis-di-kedah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:37 MYT
Alor Setar, 6 Mac 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini menyempurnakan penyampaian Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N.) tanpa istiadat kepada 17 pesara polis Kontinjen Kedah sebagai tanda penghargaan atas khidmat bakti mereka sewaktu era darurat.

Penyampaian pingat itu diadakan di Dewan Tunku Ibrahim, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, bersempena Majlis Perjumpaan dan Amanat Timbalan KPN Bersama Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) negeri tersebut pagi tadi.

Terdahulu, ketibaan beliau telah disambut oleh Ketua Polis negeri, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad, sebelum membuat pemeriksaan baris ke atas kawalan kehormatan utama dan menandatangani buku pelawat.

Dalam majlis perjumpaan khas tersebut, Tan Sri Razarudin turut berbesar hati menyampaikan sijil penghargaan kepada 27 pegawai dan anggota Polis Kedah yang telah mempamerkan kualiti kerja cemerlang sewaktu bertugas, sepanjang tahun.

Pada sebelah petangnya pula, Tan Sri Razarudin bersama isteri merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman juga berkesempatan menyempurnakan Majlis Perasmian Lapang Sasar Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu. Selepas menandatangani plak perasmian, majlis turut diserikan dengan tembakan jatuhan piring oleh Tan Sri Razarudin sebagai gimik perasmian.

Turut diadakan acara sampingan menembak melibatkan empat kumpulan yang bertanding di kalangan warga PDRM.

Hadir sama dalam lawatan kerja tersebut ialah Pengerusi PERKEP Kontinjen Kedah, Datin Sarihah Jusoh, Timbalan Ketua Polis Kedah, DCP Dato’ Mohd Roze Shaari bersama isteri merangkap Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Kedah, Dato’ Nor Faizah Zainal, barisan Ketua Jabatan IPK Kedah, Ketua-ketua Polis Daerah, para pegawai kanan dan anggota polis serta warga PERKEP Kontinjen Kedah.

Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin, Lans Koperal Muhamad Izqhar Zainal Ibidin dan Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin.

May be an image of 9 people, people standing, outdoors and text that says 'T POLIS DIRAJA M ONTINJEN KEDAK YSIA'

May be an image of 4 people, people standing, outdoors and text that says 'Pasu WAN HASSAN POLIS'

May be an image of 6 people, people standing and outdoors

May be an image of 4 people, people standing and outdoors

May be an image of 4 people, people standing and outdoors

May be an image of 13 people and people standing

May be an image of 7 people, people standing and outdoors

May be an image of 9 people, people standing and headscarf

May be an image of ‎13 people, people standing, military uniform and ‎text that says '‎IBU PEJABAT POLIS DIRAJA MALAYSIA KONTINJEN KEDAH శ్రీ

May be an image of 15 people, people standing, headscarf and text that says 'IBU EL DIRAJA MALAYSIA PEJABAT KONTINJEN NJEN KEDAH ද'

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 3 people, military uniform and outdoors

May be an image of 3 people, headscarf and indoor

May be an image of 12 people and people standing

May be an image of 2 people, people standing and text

May be an image of 1 person and standing

May be an image of 3 people, people standing and text

May be an image of 2 people, people standing and military uniform

May be an image of 4 people, people standing and text that says 'MAJLIS PERJUMPAAN & AMANAT TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA BERSAMA WARGA PDRM KONTINJEN KE

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 2 people, people standing and text that says 'RAZARUDIN SOO'

May be an image of 2 people, people standing and military uniform
ArticlePublished 06 Mar 2023 1.35 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM