Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Sembah Mengadap Sultan Kedah Di Istana Anak Bukit

Diterbitkan: 15 Dec 2025 2.27 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Alor Setar, 11 Disember 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay sembah mengadap Sultan Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah di Balai Mengadap Besar, Istana Anak Bukit, di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-sembah-mengadap-sultan-kedah-di-istana-anak-bukit
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:23 MYT

Alor Setar, 11 Disember 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay sembah mengadap Sultan Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah di Balai Mengadap Besar, Istana Anak Bukit, di sini, pagi tadi.

Ketibaan Tan Sri Ayob Khan di Istana Anak Bukit telah disambut oleh Datuk Pengelola Bijaya DiRaja Istana Kedah, Dato' Seri Setia DiRaja Dato' Paduka Hj. Bakar Hj. Din dan Setiausaha Sulit KDYMM Sultan Kedah, Encik Sofwan Khatib.

Sembah mengadap oleh Tan Sri Ayob Khan itu bagi menyembah maklum baginda mengenai perkembangan terkini hal ehwal keselamatan negara dan ketenteraman awam khususnya di negeri Kedah.

Turut hadir, Ketua Polis Kedah, CP Datuk Adzli Abu Shah dan Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Kedah, ACP Ahmad Sahrin Hussain.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of suit, dais, wedding and text

May be an image of one or more people and dais

May be an image of the Oval Office and text

May be an image of the Oval Office, dais and text

May be an image of the Oval Office and text




ArtikelDiterbitkan 15 Dec 2025 2.27 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM