Artikel
Video Pilihan Kpn Sempurnakan Majlis Pemakaian Sayap Penerbangan Dan Penutupan Rasmi Kursus Private Pilot S Licence Bilangan 20 Siri 1 2023 Helikopter
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menyempurnakan Majlis Pemakaian Sayap Penerbangan Kursus Private Pilot...
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menyempurnakan Majlis Pemakaian Sayap Penerbangan Kursus Private Pilot Licence (PPL) Bilangan 20 Siri 1/2023 (Helikopter) di Pangkalan Latihan Udara Pasukan Gerakan Udara (PGU), Ipoh pada 10 Disember 2025.
Kursus yang bermula pada 6 November 2023 ini menuntut ketahanan fizikal, kemahiran teknikal serta disiplin tinggi. Para peserta telah mengikuti modul penting seperti latihan kecemasan, navigasi, komunikasi udara dan pengendalian misi operasi udara yang merupakan komponen kritikal dalam memastikan kesiapsiagaan PGU dalam menjaga keselamatan negara.
Sumber: TikTok PDRMsia_Official
Juruvideo: Lans Koperal Muhammad Afiq Abdullah

