Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Sebagai Panel Forum 360 Bagai Aur Dengan Tebing

Diterbitkan: 15 Jan 2026 1.36 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 15 Januari 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay tampil sebagai panel jemputan dalam Forum 360˚ bertajuk “Bagai Aur Dengan Tebing” yang berlangsung di Surau Jumaat Al Syakirin, Keramat Wangsa, di sini, malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-sebagai-panel-forum-360-bagai-aur-dengan-tebing
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:43 MYT
Kuala Lumpur, 15 Januari 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay tampil sebagai panel jemputan dalam Forum 360˚ bertajuk “Bagai Aur Dengan Tebing” yang berlangsung di Surau Jumaat Al Syakirin, Keramat Wangsa, di sini, malam tadi.

Forum tersebut turut menampilkan Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KL), Sahibus Samahah Tuan Ahmad Fauwaz Ali @ Fadzil sebagai panel, manakala Pengerusi Maahad Tahfiz Darul Muhibbin, Ustaz Ahmad Shadan Al-Hadrami selaku moderator.

Sesi yang berlangsung hampir dua jam itu memberi tumpuan kepada perbincangan mengenai kerjasama strategik antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan institusi agama dalam usaha membendung ekstremisme, ajaran sesat serta ancaman keselamatan negara. Ia turut menekankan kepentingan pendidikan agama yang seimbang dalam membentuk masyarakat yang harmoni dan berdaya tahan.

Tan Sri Ayob Khan telah mengupas pelbagai bentuk ancaman keselamatan masa kini yang merangkumi aspek fizikal, ideologi dan digital. Beliau menegaskan keperluan pendekatan menyeluruh melibatkan kerjasama erat antara pihak berkuasa, institusi agama dan masyarakat bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan negara terus terpelihara.

Beliau juga menyentuh mengenai peranan penting masyarakat sebagai ‘mata dan telinga’ pihak polis melalui konsep “community policing”, termasuk kepentingan memanfaatkan saluran rasmi PDRM dalam menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis KL, DCP Dato’ Mohd Azani Omar, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, ACP Mohamad Lazim Ismail, Pengerusi Surau Jumaat Al Syakirin, Ustaz Rosidi Mansoor, ahli kariah dan para jemaah sekitar Keramat Wangsa serta pelajar-pelajar tahfiz.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people, dais and text
ArtikelDiterbitkan 15 Jan 2026 1.36 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM