Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Santuni Sampaikan Sumbangan Kepada Penduduk Kampung Sungai Ramal

Published: 08 Oct 2021 10.46 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kajang, 8 Oktober 2021 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim hari ini menyantuni dan menyampaikan sumbangan dalam Program Jalinan Prihatin kepada penduduk Kampung Sungai Ramal, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-santuni-sampaikan-sumbangan-kepada-penduduk-kampung-sungai-ramal
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:41 MYT

Kajang, 8 Oktober 2021 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim hari ini menyantuni dan menyampaikan sumbangan dalam Program Jalinan Prihatin kepada penduduk Kampung Sungai Ramal, di sini.

Ketibaan beliau yang diiringi Ketua Polis Selangor, CP Dato' Arjunaidi Mohamed kira-kira jam 12.30 tengahari tadi di Masjid Sungai Ramal untuk menemui 30 penerima kariah masjid membabitkan kalangan para pesara dan balu polis.

Majlis penyampaian sumbangan oleh Timbalan KPN berlangsung seusai solat fardhu Jumaat bersama nazir masjid, Tuan Hj. Ahmad Kaidzbullah Hj. Ridzuan dan beliau juga bertanya khabar penerima yang meluahkan rasa syukur dengan 'rezeki Jumaat' dalam bentuk wang tunai dan barangan dapur.

Dalam program berkenaan, Timbalan KPN turut berkesempatan menghadiri majlis tahlil ringkas dan doa selamat yang diadakan di kediaman Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Sungai Ramal, Datuk Hj. Dzulkifli Hj. Ismail yang merupakan kenalan lama beliau.

Hadir sama, Pengerusi Rescue Bencana Malaysia, Dato’ Dean Lau Abdullah, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), DCP Tuan Hj. Azmi Adam, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal Pesara Polis), DCP Dato’ Hj. Sulaiman Salleh dan Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Tuan Mohd Zaid Hassan.

Jurugambar: Lans Koperal Shazril Abd Rashid

May be an image of 3 people, people standing and text

May be an image of 1 person and outdoors

May be an image of 1 person and indoor

May be an image of 1 person and standing

May be an image of one or more people and indoor

May be an image of 4 people, people sitting, people standing and indoor

May be an image of 3 people, people standing and text

May be an image of 4 people and people standing

May be an image of 3 people, people standing and indoor

May be an image of 2 people, people standing and indoor


ArticlePublished 08 Oct 2021 10.46 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM