Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Santuni Petugas Pga Pulau Mataking Dan Pom Pom Sehari Sebelum Lebaran

Published: 22 Apr 2023 8.51 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Beliau yang tiba bersama isteri selaku Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Puan Sri Zainah Othman diiringi Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, CP Dato' Khaw Kok Chin, Timbalan Pengarah (PGA) Jabatan KDNKA Bukit Aman, DCP Dato' Muhammad Abd Halim dan Komander Briged Sabah, SAC Abd Rani Alias.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-santuni-petugas-pga-pulau-mataking-dan-pom-pom-sehari-sebelum-lebaran
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:26 MYT
Semporna, 21 April 2023 - Kurang dari tempoh 24 jam sahaja lagi apabila seluruh umat Islam bakal menyambut 1 Syawal, Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini meneruskan program menyantuni warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) yang berkawal di sekitar Pos Platun Tektikal Pulau Mataking dan Pulau Pom Pom dekat sini, pagi tadi.

Beliau yang tiba bersama isteri selaku Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Puan Sri Zainah Othman diiringi Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, CP Dato' Khaw Kok Chin, Timbalan Pengarah (PGA) Jabatan KDNKA Bukit Aman, DCP Dato' Muhammad Abd Halim dan Komander Briged Sabah, SAC Abd Rani Alias.

Disamping menyantuni para petugas keselamatan di pulau-pulau tersebut, Tan Sri Razarudin turut berbesar hati menyerahkan bungkusan sumbangan Aidilfitri selain memberikan kata-kata semangat untuk mereka meneruskan khidmat bakti kepada negara sewaktu umat Islam lain merayakan hari kemenangan bersama keluarga tercinta masing-masing.

Sejurus selesai, Tan Sri Razarudin menunaikan solat fardhu Jumaat di Surau Nurul Iman dekat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna dan beramah mesra bersama warga IPD dan masyarakat setempat yang hadir.

Program pada sebelah petang diteruskan lagi apabila Tan Sri Razarudin bersama isteri meluangkan masa berbuka puasa dan beramah mesra warga kerja Polis Daerah Semporna sebelum bersama-sama mengimarahkan Surau Nurul Iman dengan alunan takbir raya.

Hadir sama, Komander 69 Komando, SAC Hamzah Hashim, Komander Unit Tindakhas, SAC Mohd Suzrin Mohd Rodhi, Komander Pasukan Polis Marin, SAC Norzaid Muhammad Said, Ketua Staf Operasi Darat ESSCOM, SAC Datuk Chandrasekaran Muthu dan para pegawai kanan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.

May be an image of 9 people

May be an image of 6 people

May be an image of 5 people

May be an image of 6 people

May be an image of 7 people

May be an image of 7 people

May be an image of 8 people

May be an image of 11 people

May be an image of 7 people

May be an image of 6 people

May be an image of 7 people and text that says 'BAKUL RAHMAH 一'

May be an image of 6 people

May be an image of 5 people

May be an image of 10 people

May be an image of 10 people

May be an image of 5 people

May be an image of 11 people

May be an image of 10 people, violin, clarinet, saxophone, trumpet and text that says 'Ay Welceme + Mataking Mata Osland'

May be an image of 13 people

May be an image of 5 people

May be an image of 13 people

May be an image of 7 people

May be an image of 7 people and text that says 'POLIS'

May be an image of 7 people

May be an image of 3 people

May be an image of 10 people

May be an image of 9 people

May be an image of 5 people

May be an image of 6 people and text that says 'OLIS POLIS'

May be an image of 10 people



ArticlePublished 22 Apr 2023 8.51 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM