Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Santuni Pesara Polis Dan Penerima P J P N

Published: 07 Mar 2023 4.04 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kubang Pasu, 7 Mac 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hadir meluangkan masa mengadakan lawatan kebajikan dan menyantuni penerima Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N.) kepada pesara polis Kontinjen Kedah sebagai tanda penghargaan atas khidmat bakti mereka sewaktu era darurat di sini, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-santuni-pesara-polis-dan-penerima-p-j-p-n
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 16:55 MYT
Kubang Pasu, 7 Mac 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hadir meluangkan masa mengadakan lawatan kebajikan dan menyantuni penerima Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N.) kepada pesara polis Kontinjen Kedah sebagai tanda penghargaan atas khidmat bakti mereka sewaktu era darurat di sini, hari ini.

Beliau yang hadir bersama isteri merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman turut diiringi oleh Ketua Polis negeri, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad bersama isteri, Datin Sarihah Jusoh merangkap Pengerusi PERKEP Kontinjen Kedah.

Dalam lawatan tersebut, Tan Sri Razarudin telah menyampaikan P.J.P.N. tanpa istiadat dan sumbangan kepada pesara Sarjan Mohd Hassan Mat Ludin serta seterusnya mengadakan lawatan kebajikan pesara Sarjan Yahya Arif Md Abas di kediaman masing-masing di Jitra, Kedah.

Turut hadir bersama dalam kunjungan tersebut ialah Timbalan Ketua Polis negeri, DCP Dato' Mohd Roze Shaari dan isteri Dato' Norfaizah Zainal merangkap Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Kedah, Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran) Bukit Aman, SAC Dato’ Kamaruzaman Abdullah, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Kedah, SAC Alzafny Ahmad dan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan.

Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin, Lans Koperal Muhamad Izqhar Zainal Abidin dan Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin.

 
ArticlePublished 07 Mar 2023 4.04 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM