
Article
Timbalan Kpn Santuni 49 Asnaf Pesara Pdrm
Kuala Lumpur, 1 Oktober 2021 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim hari ini menyantuni 49 penerima bantuan kebajikan da...
Kuala Lumpur, 1 Oktober 2021 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim hari ini menyantuni 49 penerima bantuan kebajikan daripada kalangan para pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah program kerjasama PDRM dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Majlis serba ringkas yang berlangsung di Dewan Masjid Bukit Aman itu turut dihadiri oleh Pengarah JAWI, Datuk Hj. Mohd Ajib Ismail bersama para Pegawai Kanan PDRM dan JAWI.
Kesemua 49 penerima bantuan yang rata-ratanya menetap di sekitar Lembah Klang, menerima sumbangan berupa wang tunai serta barangan keperluan harian.
Hadir sama, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Tuan Ruslan Khalid, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Jabatan Pengurusan Bukit Aman, DCP Tuan Hj. Azmi Adam serta para Pegawai Kanan PDRM.
Jurugambar: Lans Koperal Shazril Abd Rashid