Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Sampaikan Ucaptama Dalam Seminar Penyelidikan Nasional Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama

Diterbitkan: 03 Aug 2023 1.10 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Terengganu, 3 Ogos 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay menyampaikan ucaptama bersempena Seminar Penyelidikan Nasional: Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama yang diadakan di Auditorium Al-Zahrawi, Hospital Pengajar, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-sampaikan-ucaptama-dalam-seminar-penyelidikan-nasional-keselamatan-negara-tanggungjawab-bersama
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:20 MYT
Kuala Terengganu, 3 Ogos 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay menyampaikan ucaptama bersempena Seminar Penyelidikan Nasional: Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama yang diadakan di Auditorium Al-Zahrawi, Hospital Pengajar, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), di sini, pagi tadi.
Antara intipati ucaptama Datuk Seri Ayob Khan yang bertajuk Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama memfokuskan mengenai gejala rasuah, dadah, perkauman dan ajaran sesat yang berlaku dalam negara yang secara tidak langsung memberikan kesan kepada individu, organisasi dan negara.
Menurut beliau, tanggungjawab memelihara keselamatan negara hendaklah dipikul bersama oleh segenap lapisan masyarakat secara proaktif demi memastikan semua pihak sentiasa bersedia mendepani cabaran pengurusan keselamatan negara pada masa kini dan akan datang.
Terdahulu, seminar yang dianjurkan oleh bahagian Kluster Undang-Undang dan Perniagaan, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UniSZA dengan kerjasama Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dimulakan dengan pembentangan oleh Felo Utama Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr. Mohd Kamarulnizam Abdullah dan Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Usuluddin, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam UniSZA, Dr. Muhammad Rashidi Wahab.
Ia kemudiannya diakhiri dengan ucapan perasmian oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UniSZA, Profesor Ts. Dr. Shukor Abd Razak.
Yang turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Madya Dato' Ts. Dr. Mohd Hafiz Yusoff, Ketua Polis Terengganu, DCP Datuk Mazli Mazlan, Timbalan Ketua Polis Kelantan, DCP Mohd Ali Tamby, Timbalan Ketua Polis Terengganu, SAC Dato' Wan Rukman Wan Hassan, barisan Ketua Jabatan Kontinjen Terengganu dan warga kerja UniSZA.

 
May be an image of 4 people and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 4 people and text
ArtikelDiterbitkan 03 Aug 2023 1.10 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM