
Article
Timbalan Kpn Sampaikan Ceramah Kepimpinan Kepada Penjawat Awam Negeri Melaka
Ayer Keroh, 28 Oktober 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini memenuhi undangan sebagai penceramah d...
Ayer Keroh, 28 Oktober 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini memenuhi undangan sebagai penceramah dalam seminar kepimpinan anjuran Kerajaan Negeri Melaka bertempat di Auditorium Seri Negeri, Melaka, di sini.
Antara intipati ceramah yang disampaikan beliau adalah berkenaan kepentingan sifat amanah oleh semua penjawat awam agar penyampaian perkhidmatan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan sekali gus meningkatkan imej perkhidmatan awam di Negeri Melaka.
Selain itu, beliau turut menekankan isu rasuah dalam kalangan penjawat awam bagi memperkasa mutu perkhidmatan kerajaan melalui cara kerja yang lebih berdisiplin. Dato' Sri Ayob Khan tidak ketinggalan mengingatkan mereka supaya tidak terjerumus dalam kancah salah laku yang boleh merosakkan institusi masyarakat dan perkhidmatan.
Terdahulu, Dato' Sri Ayob Khan telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di pejabat rasmi beliau sebelum ke auditorium menyampaikan ceramah.
Turut hadir, barisan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Penasihat Undang-undang negeri, Tuan Khairul Azreem Mamat, Mufti Negeri Melaka, Sahibus Samahah Datuk Wira Hj. Abdul Halim Tawil, Ketua Polis (KP) negeri, DCP Datuk Wira Hj. Zainol Hj. Samah, Timbalan KP Negeri Melaka, SAC Datuk Md Nazri Zawawi, barisan Ketua Jabatan dan Ketua Polis Daerah Kontinjen Melaka serta Ketua-ketua jabatan peringkat Negeri Melaka.