Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Sampaikan Ceramah Kepimpinan Kepada Penjawat Awam Negeri Melaka

Diterbitkan: 28 Oct 2024 2.56 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Ayer Keroh, 28 Oktober 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini memenuhi undangan sebagai penceramah dalam seminar kepimpinan anjuran Kerajaan Negeri Melaka bertempat di Auditorium Seri Negeri, Melaka, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-sampaikan-ceramah-kepimpinan-kepada-penjawat-awam-negeri-melaka
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:14 MYT
Ayer Keroh, 28 Oktober 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini memenuhi undangan sebagai penceramah dalam seminar kepimpinan anjuran Kerajaan Negeri Melaka bertempat di Auditorium Seri Negeri, Melaka, di sini.

Ceramah bertajuk 'Seminar Kepimpinan: Amanah Dijulang, Maruah Dijunjung' itu telah disampaikan di hadapan 300 peserta yang terdiri daripada penjawat awam Negeri Melaka.

Antara intipati ceramah yang disampaikan beliau adalah berkenaan kepentingan sifat amanah oleh semua penjawat awam agar penyampaian perkhidmatan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan sekali gus meningkatkan imej perkhidmatan awam di Negeri Melaka.

Selain itu, beliau turut menekankan isu rasuah dalam kalangan penjawat awam bagi memperkasa mutu perkhidmatan kerajaan melalui cara kerja yang lebih berdisiplin. Dato' Sri Ayob Khan tidak ketinggalan mengingatkan mereka supaya tidak terjerumus dalam kancah salah laku yang boleh merosakkan institusi masyarakat dan perkhidmatan.

Terdahulu, Dato' Sri Ayob Khan telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di pejabat rasmi beliau sebelum ke auditorium menyampaikan ceramah.

Turut hadir, barisan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Penasihat Undang-undang negeri, Tuan Khairul Azreem Mamat, Mufti Negeri Melaka, Sahibus Samahah Datuk Wira Hj. Abdul Halim Tawil, Ketua Polis (KP) negeri, DCP Datuk Wira Hj. Zainol Hj. Samah, Timbalan KP Negeri Melaka, SAC Datuk Md Nazri Zawawi, barisan Ketua Jabatan dan Ketua Polis Daerah Kontinjen Melaka serta Ketua-ketua jabatan peringkat Negeri Melaka.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 2 people and text

May be an image of 3 people, flower, dais and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 2 people


ArtikelDiterbitkan 28 Oct 2024 2.56 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM