
Artikel
Timbalan Kpn Sampaikan Amanat Santuni Warga Kontinjen Sarawak
Kuching, 25 Julai 2020 - Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor hari ini melakukan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (I...
Kuching, 25 Julai 2020 - Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor hari ini melakukan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Briged Sarawak, di sini, semalam.
Lawatan ke bangunan pentadbiran induk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) di negeri itu merupakan antara rangka lawatan kerja beliau ke kontinjen selain Selangor dan Melaka yang dijadualkan pada awal Ogos depan.
Tujuan lawatan kerja Dato' Pahlawan Mazlan, yang juga bekas Pesuruhjaya Polis Sarawak itu, adalah untuk menyampaikan manifestasi dan amanat kepada para pegawai kanan polis selain mengimbau kembali nostalgia perkhidmatan beliau di Bumi Kenyalang bermula 16 Mei 2016 sehingga 17 Julai 2017.
Terdahulu, Dato' Pahlawan Mazlan bersama isteri yang juga Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Datin Farihah Mohd Zamri tiba di IPK pada jam 9.00 pagi disambut oleh Pesuruhjaya Polis (PJP) Sarawak, CP Dato' Aidi Ismail dan isteri, YM Datin Raja Asaudat Raja Muda.
Beliau kemudiannya diberikan penghormatan untuk membuat pemeriksaan baris terhadap Kawalan Kehormatan Utama di Padang Kawad IPK sebelum membuat kunjungan ke pejabat PJP Sarawak.
Di sebelah petangnya pula, Dato' Pahlawan Mazlan yang diiringi Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani turut berkesempatan menyantuni warga Briged Sarawak sejurus selesai menunaikan solat fardhu Jumaat di Masjid Khalid Ibnu Walid sebelum menuju ke Dewan Pahlawan briged untuk majlis penyampaian surat kepada petugas Op Libas dan Op Bersepadu Khazanah.
Dalam majlis itu, seramai 59 pegawai kanan dan anggota PGA dari setiap formasi Bridged Sarawak dianugerahkan Surat Penghargaan Ketua Polis Negara sebagai tanda penghargaan Pasukan atas kejayaan cemerlang serta tahap integriti yang dipamerkan,terutamanya dalam menangani kes-kes 'godaan rasuah' bernilai RM163,180.00 yang direkodkan sepanjang tahun 2019 sehingga Jun 2020.
Hadir sama, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Sarawak, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya Mohd Zaki Hassan, Timbalan Pengarah KDNKA (PGA), DCP Datuk Mastor Ariff, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Dato’ Dev Kumar M.M. Sree, Komander Briged Sarawak, SAC Tuan Mancha Ata, para pegawai PDRM serta rakan media.
Sekitar amanat Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor di Mes Pegawai Kanan IPK Sarawak.
Sekitar lawatan kerja rasmi Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor dan isteri Datin Farihah Mohd Zamri bergambar kenangan.
Sekitar pemeriksaan baris oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor.
Sekitar amanat Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor di Mes Pegawai Kanan IPK Sarawak.
Sekitar Majlis Penyampaian Surat Penghargaan Ketua Polis Negara kepada 59 petugas Op Libas dan Op Bersepadu Khazanah atas kejayaan cemerlang.
Sekitar ketibaan Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor di Padang Kawad IPK Sarawak.
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor menerima tabik hormat daripada kawalan kehormatan utama.
Sekitar lawatan kerja rasmi Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.
Sekitar Majlis Penyampaian Surat Penghargaan Ketua Polis Negara kepada petugas Op Libas dan Op Bersepadu Khazanah di Dewan Pahlawan Briged Sarawak PGA.
Sekitar Majlis Penyampaian Surat Penghargaan Ketua Polis Negara kepada petugas Op Libas dan Op Bersepadu Khazanah di Dewan Pahlawan Briged Sarawak PGA.