Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Saksi Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kelantan Baharu

Diterbitkan: 29 Oct 2024 4.40 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kota Bharu, 29 Oktober 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menjadi saksi dalam Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis (KP) Kelantan dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Kelantan bertempat di Dewan Dato’ Dr. Ab Rahman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-saksi-majlis-serah-terima-tugas-ketua-polis-kelantan-baharu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:36 MYT
Kota Bharu, 29 Oktober 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menjadi saksi dalam Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis (KP) Kelantan dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Kelantan bertempat di Dewan Dato’ Dr. Ab Rahman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, pagi tadi.

Dato' Sri Ayob Khan yang tiba bersama isteri merangkap Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, SAC Datin Sri Dato' Zalena Mohd Ariffin pada 9.15 pagi tadi telah disambut oleh Dato' Hj. Mohd Yusoff Mamat diringi Pemangku KP Kelantan, DCP Mohd Ali Tamby sebelum dibawa menandatangani buku melawat.

Tertib majlis tadi dimulakan dengan upacara pemakaian lencana pangkat Komisioner Polis (CP) kepada Dato' Hj. Mohd Yusoff yang disempurnakan oleh Dato' Sri Ayob Khan sebelum disusuli dengan acara menandatangani nota serah terima tugas dan penyerahan tongkat kuasa KP Kelantan di antara Dato' Hj. Mohd Yusoff dengan DCP Mohd Ali.

Dato' Hj. Mohd Yusoff yang dilahirkan pada 9 Julai 1968 merupakan anak jati Kota Bharu dan telah berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) hampir 33 tahun. Figura yang sinonim dengan Pasukan Polis Marin itu merupakan lepasan graduan Sarjana Sains Kepolisan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan beliau telah diberi mandat dari Pucuk Pimpinan Pasukan untuk menerajui Polis Kontinjen Kelantan sebagai KP yang ke-28.

Turut berlangsung dalam majlis sama adalah penyerahan nota serah terima tugas jawatan Pengerusi PERKEP Kontinjen Kelantan di antara Puan Norainon Hj. Ramli kepada pengerusi baharu, Datin Hjh. Hasnizan Hasan sambil disaksikan Datin Sri Dato' Zalena.

Hadir sama, barisan Ketua Jabatan IPK Kelantan, barisan Ketua Polis Daerah dan pegawai kanan PDRM serta rakan-rakan media.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 3 people and text

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 3 people, headscarf, dais and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 10 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 1 person and street

May be an image of 4 people

May be an image of 3 people and text

May be an image of 7 people, street and text

May be an image of 1 person and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 3 people, headscarf, dais and text

May be an image of 9 people

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 6 people, dais and text that says 'KETUA POLIS KELANTAN Dan YBHG. DATIN HAJAH HASNIZAN N HASAN PENGERUSI PERKEP KONTINJEN KELANTAN AeHAa

May be an image of 5 people, dais and text that says 'YDH DIG KETUA POLIS KELANTAN Dan YBHG. DATIN HAJAH HASNIZAN BINTI HASAN PENGERUSI PERKEP KONTINJEN KE

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 3 people, headscarf, dais and text
ArtikelDiterbitkan 29 Oct 2024 4.40 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM